01dinah-babysteps

Today was my first day teaching at my village’s kindergarten. I am happy because the children’s parents were very cooperative in making these classes happen. The children were very excited about learning and even told their parents that they had grown up and would not cry during lessons.

I laughed heartily when one of the parents told me to teach the children in English right away. Then I thought to myself – how can I teach in English when the children cannot even understand the Malay language? I told the parent that I would take it one step at a time in teaching these children and I would follow their learning pace at all times.

One thing that really caught my attention and moved me was when I found out that there were two mothers who walked a long distance from their houses just to send their children to where I was teaching.

I was greatly moved to see such sacrifice. As a teacher, I will never waste this opportunity to educate our children towards a bright and successful future. SOLDIER ON…

 

Hari ini adalah hari pertama kelas tadika bermula di kampung saya. Saya gembira kerana ibu-bapa memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan kelas ini. Kanak-kanak lain begitu bersemangat ingin belajar dan juga memberitahu ibu-bapa mereka bahawa mereka tidak akan menangis kerana mereka sudah besar. Satu perkara yang membuatkan saya ketawa besar adalah apabila salah seorang bapa murid memberitahu saya untuk terus mengajar dalam bahasa English kepada murid-murid dalam kelas.

Pada masa itu saya terfikir dalam hati saya,bagaimana saya boleh mengajar dalam bahasa English sedangkan bahasa malaysia pun mereka masih belum faham lagi. Apa yang saya beritahu bapa murid itu adalah saya akan mengajar mereka perlahan-lahan dan mengikuti perkembangan mereka di setiap masa.Perkara yang lebih menarik perhatian dan menyentuh hati saya adalah apabila mendapat tahu bahawa ada dua orang ibu yang sanggup berjalan kaki dari rumah mereka ke tempat saya mengajar dengan jarak yang jauh semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka.

Saya amat terharu melihat pengorbanan mereka ini, dan saya sebagai guru tidak akan sia-siakan peluang ini untuk mendidik anak-anak kami ke arah masa depan yang cemerlang dan gemilang..SELAMAT BERJUANG..