This week, we continue our class as usual; we are quite low in student attendance. There are only 6 students present. My students are currently not attending school because they are not in the village. They have followed their parents to Kampung Tohoi to look for their missing siblings. The children have been missing since the 23rd this month, which was last Sunday.
The missing students of Kampung Penad were the students we taught last year. They went missing in their primary school in Kampung Tohoi. They were Linda, Juvina, Haikal and Ika and two others from Kampung Gawin. The search operation is still ongoing. I still continue to teach despite being the only one. My helper has gone to Kampung Tohoi with her sister. One of the missing children is her child. My school assistant has gone to Kampung Tohoi to help cook meals for the search and rescue team. Even though I am teaching alone, I know they are going through a tough time. Only the women are left in my village. All the men has left for Kampung Tohoi to join the search team.
Pada minggu ini kami masih meneruskan kelas kami seperti biasa, walaupun pada minggu ini kehadiran murid kami agak kurang sikit dan tidak begitu ramai. Yang hadir hanya 6 orang sahaja. Murid tidak hadir kerana mereka sekarang tidak ada di kampung. Mereka sekarang ini pergi ke Kampung Tohoi mengikuti ibu bapa mereka kerana adik-beradik daripada merekalah yang hilang. Mereka hilang pada 23 hari bulan, iaitu hari Ahad minggu lepas.
Mereka adalah murid dari Kampung Penad,dan mereka juga adalah murid kami yang pernah kami mengajar pada tahun lepas. Mereka telah hilang di sekolah mereka di kampung Tohoi. Nama mereka ialah Linda, Juvina, Haikal dan Ika,dan 2 orang lagi dari Kampung Gawin. Sekarang ini operasi mencari masih di teruskan. Namun begitu,kelas saya masih diteruskan walaupun saya sahaja yang mengajar. Pembantu saya pergi ke Kampong Tohoi untuk bersama kakak dia. Salah satu daripada kanak-kanak hilang ialan anak Kakak dia. Pembantu saya diminta tolong untuk memasak makanan bagi orang yang dalam misi mencari. Saya terpaksa menerus mengajar sendiri, sebab saya tahu mereka pun tengah susah sekarang. Di kampung kami sekarang ini, hanya tinggal perempuan sahaja kerana semua lelaki telah pergi ke Sekolah Tohoi untuk menolong mencari kanak-kanak yang hilang itu.
No Comments to "The missing children"