
Every Monday, I will teach in Jisam’s school in Kampung Manila. Jisam (another fellow teacher) and I will switch classes so that my students will get a change in the way the class is conducted.I conduct my lessons multiple times in class so that my students will be able to remember the lessons better. Even though my students are very active and struggle to pay attention when I teach, it does not discourage me as a teacher. I try to control the class by giving them work sheets to complete. My students are still not able to recite their ‘A’ – ‘Z’s well but I will teach them until they are able to read, write and count!
In conclusion, I still go about my daily lessons and make sure they complete their work sheets. There is still plenty of room for improvement in my teaching ability and I hope to get more training and guidance from SUKA Society and also from the other more experienced teachers.
Pada setiap hari Isnin, saya akan mengajar di sekolah Jisam di Kampung Manila. Saya dan Jisam (seorang guru yang lain) akan membuat pertukaran kelas supaya murid-murid tidak akan jemu dengan cara kelas dikendalikan.
Saya mengajar mengikut rancangan aktiviti berulang supaya mereka dapat mengingati dan memahami dengan lebih mudah. Walaupun murid-murid terlalu aktif dan kurang memberi tumpuan semasa saya mengajar, ia tidak mematahkan semangat saya sebagai seorang guru. Saya cuba mengawal kanak-kanak dengan memberi mereka tugasan kerja. Murid-murid saya masih kurang mahir dengan huruf ‘A’ – ‘Z’ dan saya akan cuba mengajar sehingga mereka dapat menulis, membaca dan mengira.
Secara kesimpulannya, saya akan tetap menjalankan kewajipan saya untuk mengajar dengan gigih dan memastikan murid-murid saya melengkapkan kertas kerja mereka. Saya masih kurang mahir sebagai seorang cikgu dan perlukan banyak latihan lagi untuk menjadi seorang pendidik yang lebih baik. Saya harap saya akan mendapat latihan dan dorongan daripada SUKA Society dan juga dari cikgu-cikgu lain yang lebih berpengalaman.





No Comments to "When the going gets tough, the tough gets going…"