This is the first week I restarted the school. I started on the 22nd of this Febuary. I started late because of the flood. The hall that we used was wet because the roof was leaking. More over at that time I was stuck in Parik and could not go home yet because of bad roads.

This week I had 10 students because we only taught the students that are near the village. We did not teach the other students because their village is far away. For the time being we only use A4 paper to write or draw and sand paper because we have not receive our papers or exercise book yet.

Every day we taught them to draw, write alphabets and numbers only. This is to train their hands to hold and write especially for the new students. We provided paper and made dots like alphabets and numbers to teach them.

This week I did not take any pictures because the battery ran out. There is no electricity in my village. We only use a generator that belongs to someone else. And we cannot borrow it every day because we do not want the owner of the generator to be mad at us.

With that, my children’s attendance is very good for this month. No one was lazy or skip school. Maybe because it is the beginning of the school year everyone was hard working.

Minggu ini adalah minggu pertama saya membuka sekolah. Saya membuka sekolah pada 22 Februari ini. Saya buka sekolah lewat kerana banjir. Dewan yang kami mengajar pun sudah basah kerana bumbungnya bocor. Lagi pun masa itu saya masih terperangkap di Parik dan tidak balik-balik lagi kerana jalan rosak.

Minggu ini saya mempunyai 10 orang murid sahaja kerana kami mengajar murid yang dekat kampung ini sahaja. Murid yang lain kami tidak mengajar kerana kampung kami berjarak jauh. Masa ini kami hanya menggunakan kertas A4 sahaja untuk menulis atau melukis dan kad pasir kerana kami belum mempunyai kertas atau buku latihan lagi.

Setiap hari kami mengajar, kami memberi mereka melukis atau menulis huruf dan nombor sahaja. Ini adalah untuk melatih tangan mereka supaya boleh memegang dan menulis terutamanya untuk murid yang baru masuk. Kami sediakan kertas, dan buat titik-titik seperti huruf dan nombor untuk mengajar mereka.

Minggu ini, saya tidak dapat mengambil gambar mereka kerana tidak ada bateri. Di kampung saya tidak ada bekan elektrik. Kami hanya mengguna generator kepunyaan orang lain. Dan kita tidak boleh pinjam tiap-tiap hari kerana tidak mahu dia mengamuk nanti.

Dengan ini, kehadiran murid saya sangat memuaskan untuk bulan ini. Tidak ada yang malas atau ponteng sekolah. Mungkin sebab ia adalah permulaan sekolah mereka rajin datang ke sekolah.