Kami menerima kunjungan dari Kuala Lumpur iaitu seorang pelajar yang bernama Zhen Wei. Beliau membuat kajian dan praktikal selama seminggu di sekolah komuniti saya. Dia membantu saya di dalam kelas dan membuat beberapa aktiviti luar kelas. Saya sangat berterima kasih kepada Zhen Wei kerana melayani murid saya. Semoga anda berjaya di dalam pembelajaran anda.
Kami berkongsi maklumat dan pendapat tentang beberapa perkara. Saya berharap ini dapat juga membantu peningkatan di dalam sekolah komuniti saya. Saya mempunyai 2 orang murid 6 tahun yang agak pandai di dalam kelas. Malah Zhen Wai pun akui sendiri bahawa mereka agak pandai. Oleh kerana itu mereka seolah-olah bertindak sebagai guru pembantu di dalam kelas. Kelas seperti biasa, tetapi murid-murid agak gembira dengan kehadiran Zhen Wai, apa sahaja aktiviti dijalankan menarik perhatian mereka semua.
Sehingga kini, dengan peraturan yang kami tetapkan di dalam kelas, saya gembira murid biasa dengan rutin harian mereka tidak kira ada guru lain datang atau tidak mereka tetap berdisplin dan mendengar arahan. Ini membuatkan kerja saya lebih mudah. Saya hanya berharap khususnya di dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ada peningkatan yang lebih bagus di kalangan murid-murid yang masih lemah..semoga berjaya.
Sepanjang minggu ini aktiviti yang seronok dilakukan adalah aktiviti luar kelas dan aktiviti kraftangan. Saya dapati murid-murid gembira dan dapat dilihat mood segar mereka ketika ketawa dan bermain. Selain daripada itu juga saya ada melakukan beberapa eksperimen semasa mengajar subjek sains. Tajuk yang kami pelajari adalah mengenai warna-warna asas yang akan dicampur dengan warna-warna yang tertentu akan mewujudkan warna-warna lain.
Murid-murid tidak sabar untuk melihat hasilnya. Satu perkara lucu yang saya dapati semasa eksperimen ini dijalankan adalah murid-murid bergaduh sesama sendiri mengenai nama-nama warna yang merekam ketahui. Contohnya, murid A cakap warna hijau manakala murid B berkeras cakap itu adalah ‘green’. Akhirnya, mereka akan bergaduh sesama sendiri. Ini adalah perkara yang melucukan bagi saya. Apapun, sekurang-kurangnya ia satu peningkatan didalam pembelajaran dan pemahaman mereka dalam pelajaran. Makna nya mereka boleh ingat dan hafal apa yang dipelajari mereka selama ini. Perkara yang sangat sukar dilakukan pada pendapat saya sebagai guru adalah bagaimana untuk membantu murid-murid memahami, ingat dan hafal tentang apapun yang mereka pelajari semasa di sekolah.
Sebagai guru saya cuba mencari jalan memperbaiki teknik-teknik mengajar yang lebih berkesan untuk membantu kejayaan murid-murid. Ini adalah tugas yang sangat berat memandangkan hanya seorang guru yang mengajar di kawasan pendalaman tanpa ada rakan-rakan guru yang lain untuk dihubungi kerana tiada rangkaian internet dan telefon. Saya akui kadang-kadang ini sangat memeningkan dan sedikit tertekan ketika memerlukan bantuan idea dan pendapat pada waktu itu. Saya tetap berterima kasih kepada rakan-rakan suka society dan keluarga sentiasa memberi sokongan, TIDAK KIRA MASA DAN WAKTU…TERIMA KASIH…… Saya tidak akan putus asa dan mengalah. Saya tetap terus berjuang demi masa depan anak-anak orang Asli.
No Comments to "A visitor from KL"