This week I have fewer photos. When the camera ran out of battery, I went to charge it, suddenly the charger spoil. I was feeling sad and my husband tries to repair it as soon as possible. In the end the charger was working very well and I was relieved. Although this is happening, the class went on as usual but no pictures were taken.

Every day if there is extra time, I would do revision of phonics with them. I would use sandpaper cards and show each card. The students would repeat the phonics sound according to the alphabet they see. For the students who came last year, they have no problem remembering the phonics sounds but for the new students it is a bit of a challenge to remember the phonics sounds. Whatever it is, this is temporary.

I gave the job of storytelling to my teaching assistant. At first the students was paying full attention. But half way through a student got up and stood in front. The students were then distracted and switched their attention to him. He wanted to go nearer to see the pictures in the book. The situation became chaotic for a while because they were angry with their friend. I can only laugh seeing them like that. In the end the teaching assistant manage to calm them down. After that the story continues.

In these few months I can see the improvement and a rise in standards of the students, especially last year students age five and six years old. They know A-Z and numbers. Other than that, for the basic addition and subtraction they can count easily. As for English, they can only repeat words that are often used in class.

I also give them homework to train them. I had a discussion with their parents to advise their children to write and do revision at home. A lot of the parents co-operated. Although there are a few parents who do not care less, I will not give up. My job as a teacher is to educate children who are in need and I will continue to do so.

Minggu ini saya mempunyai gambar yang agak sedikit. Sewaktu kamera saya kehabisan bateri, saya ingin mengecas tiba-tiba charger saya tidak berfungsi. Saya berasa susah hati dan suami saya cuba memperbaikinya secepat mungkin akhirnya charger berfungsi dengan baik, saya berasa lega. Walaupun begitu kelas beroperasi seperti biasa cuma gambar sahaja tidak dapat diambil.

Setiap hari sekiranya ada masa yang terluang, saya akan membuat ulangkaji ‘phonics’. Saya akan gunakan ‘sandpaper card’ dan tunjukkan satu persatu kad. Murid-murid akan menyebut bunyi ‘phonics’ mengikut huruf-huruf yang dilihat mereka. Bagi murid-murid yang bersekolah tahun lepas, mereka tiada masalah untuk mengingati setiap bunyi phonics, tetapi murid-murid baru mereka menghadapi sedikit cabaran dalam proses mengingati bunyi-bunyi ‘phonics’ Apa pun, ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

Bagi sessi bercerita, saya memberi tugas kepada guru pembantu. Pada mulanya murid-murid memberi tumpuan yang penuh. Tetapi pada pertengahan cerita, seorang murid telah bangun dan berdiri di depan. Mereka mengalihkan tumpuan mereka kepada murid tersebut. Murid itu ingin melihat gambar-gambar dalam buku cerita dengan lebih dekat. Suasana menjadi kecoh sebentar kerana mereka sangat marah pada kawan mereka ini. Saya hanya ketawa melihat mereka. Akhirnya guru pembantu menenangkan mereka. Selepas itu, cerita disambung semula.

Dalam beberapa bulan ini saya dapat melihat perkembangan dan peningkatan murid-murid, terutama murid-murid tahun lepas yang berumur 5 dan 6 tahun. Mereka dapat menguasai A-Z dan nombor-nombor. Disamping itu juga untuk asas menambah dan menolak mereka boleh mengira dengan mudah. Bagi bahasa English pula mereka hanya mengulangi setiap kata-kata yang saya selalu cakapkan ketika memberi arahan di dalam bahasa English.

Saya juga memberi kerja rumah untuk melatih mereka. Perbincangan telah saya buat bersama ibu-bapa untuk memastikan anak-anak mereka menulis dan mengulangkaji di rumah. Kebanyakan ibu-bapa memberi kerjasama yang baik. Walaupun ada segelintir ibu-bapa yang tidak ambil peduli, saya tidak akan mengalah. Tugas saya sebagai guru adalah memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang memerlukan dan saya akan terus melakukannya.