Class for the year 2016 was not too difficult for me to carry out as a teacher, because the training provided was better. The knowledge that was given to teach was even more. This training helped me to manage the class better in a more orderly manner. I somehow can teach better this time because the teaching activities are more organized. I taught according to lessons plan given. I also helped the teaching Assistant with what I learned during the training because she was not able to attend the training.

On the day the classes started for the first week, I waited for the children to come but none of them came. Maybe they did not know there was class. No one came for the second day also. The next day we started class. There are plenty of students present. On that day we began teaching mathematics because we were behind schedule.

During the week we and the students did our respective duties. The duties of the teachers is to teach and the students to learn and pay attention when the teachers are teaching. During this week we teach according to the lesson plan. I teach the year 1 students while Asmida teaches the year 2 students. For my class the students are manageable but for Asmida’s class it is quite difficult because there are many students in year 2. Some year 3 and 4 students also join the year 2 classes. We put the year 3 & 4 students in the same year 2 students class to there to learn the lessons they do not know

This month’s English activity has been going according to the lesson plan. This month’s theme is about colours. We did coloring and learnt about the combination of colors. For this activity we divide the students into 3 groups and each group must cooperate to conduct the activity together. It can also foster closer relationship among the students, teach the importance of cooperation and mutual help. This activity also made the pupils smile and can reduce the feeling of stress while studying.

The challenge we face is always about managing the naughty students who tend to be very playful during class. They disrupt the lessons by disturbing the other students too. The boys seems to be the more playful ones.


Kelas untuk Tahun 2016 tidak terlalu sukar bagi saya, untuk menjalankan tugas sebagai guru utama dan sebagai guru, kerana latihan kali ini lebih baik. Pengetahuan yang diberi untuk mengajar pun banyak. Latihan kali ini banyak membantu saya menguruskan kelas dan tidak terlalu kekok menguruskan semua mengenai kelas. Saya sedikit sebanyak dapat mengajar dengan lebih baik kali ini kerana aktiviti mengajar tidak terlalu kelam kabut. Saya mengikut plan pengajaran yang diberi. Saya juga membantu guru pembantu dengan apa yang saya belajar kerana dia tidak hadir semaasa latihan dijalankan.

Pada hari permulaan kelas untuk minggu pertama, saya menunggu murid-murid tetapi tidak ada murid yang hadir. Mungkin mereka tidak tahu. Hari kedua juga tidak ada budak yang hadir. Pada hari yang berikutnya kami memulakan kelas. Ada banyak budak yang hadir. Pada hari tersebut kami mula mengajar subjek matematik kerana lewat untuk mengaturkan jadual dan terpaksa mengikut jadual yang telah dibuat.

Sepanjang minggu ini kami dan murid menjalankan tugas masing-masing. Tugas guru iaitu mengajar dan tugas murid belajar dan memberi perhatian ketika guru mengajar. Sepanjang minggu ini kami mengajar mengikut plan pelajaran, saya guru bagi tahun 1 mengajar mengikut tahap yang saya ada dan Cikgu Asmida juga mengajar bagi kelas dia. Bagi kelas saya murid mudah diuruskan tapi bagi kelas Asmida pulak agak sukar kerana jumlah murid bagi tahap 2 agak banyak dan banyak yang perlu diuruskan kerana tahun 3 dan 4 dimasukkan kedalam kelas tahun 2. Kami samakan kelas mereka untuk mengulang pelajaran yang mereka kurang mahir.

Aktiviti bulan ini mengikut plan pelajaran, iaitu minggu ketiga bagi kelas Bahasa Inggeris, ialah tentang warna. Kami lalukan mewarna dan gabungan warna. Untuk aktiviti ini kami pecahkan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan harus memberi kerjasama sepenuhnya. Ia juga dapat eratkan hubungan muirid, kepentingan kerja sama dan saling menolong. Aktiviti ini juga dapat menceriakan murid-murid dan dapat mengurang rasa stress ketika belajar.

Cabaran yang dihadapi amat sukar nak diselesaikan, iaitu murid yang nakal, suka bermain ketika belajar, mengacau murid yang lain dan yang suka menangis bila ditegur murid lain. Bagi kelas tahun 1, murid tadika, mereka diletakkan dikelas ini, amat sukar nak dikawal. Mereka lebih suka bermain, bagi yang lelaki, dan ada juga yang suka menganggu budak-budak lain yang sedang belajar.