Kami meneruskan rutin kelas seperti biasa. Setiap pagi, kebanyakan murid datang awal. Mereka bermain, berinteraksi dan berkongsi barang-barang permainan bersama-sama. Bila saya lihat sitiuasi kanak-kanak ini di dalam kelas, saya percaya sekiranya lebih banyak peluang dan pendedahan akan di buat maka lebih banyak murid-murid akan belajar dan tahu tentang apa saja, baik dari segi pelajaran dan permainan yang telah di sediakan.
Semasa kelas sains dijalankan, perkara yang saya bincangkan adalah mengenai anggota badan. Saya dapati murid-murid peka tentang tubuh badan mereka. Setiap anggota badan yang saya tunjuk atau sebutkan, mereka berebut-rebut ingin menunjukkan pada saya dan kawan-kawan mereka. Saya menekankan tentang kebersihan, keselamatan dan kepentingan organ-organ badan serta menerangkan penjagaannya dengan betul.
Kadangkala bagi masyarakat di kampung, kehidupan dan rutin harian sedikit berbeza dengan di Bandar. Contohnya, membuang air kecil disini agak bebas. Tiada tisu tandas yang hendak di gunakan atau pengunaan tandas yang teratur. Kami boleh melakukan aktiviti itu di mana saja, iaitu dimana-mana tempat khususnya di luar kawasan rumah. Ia agak pelik bagi orang-orang di bandar tetapi ini adalah sebahagian daripada fahaman cara kehidupan nenek moyang kami suatu ketika dahulu.
Manakala bagi murid-murid, saya akan memastikan mereka melakukan sebarang aktiviti dengan cara yang betul. Dari masa ke semasa saya selalu mengingatkan mereka tentang perkara ini. Saya gembira mereka pun tahu serba sedikit tentang penjagaan kebersihan diri. Selepas makan atau selepas mengunakan tandas mereka harus mencuci tangan. Saya berharap ini akan menjadi satu teladan yang baik untuk mereka dan menjadi contoh kepada orang lain. Semoga berjaya…
We continue our class routine as usual. Every morning many of the students comes early. They play, interact and share the toys with each other. When I see these children’s situation ini class, I believe if there is more opportunity and exposure more children will learn about what ever subject, be it in education or play as was prepared.
During the science class the topic of our discussion is parts of our body. I find them to be sensitive to their body. Every body parts that I show or mention they will fight to show to me and their friends. I will emphasize on cleanliness, safety and important of our organs and how tocare for them in the right way.
Sometimes for the people in the village, their life and daily routine is different from the people in the town. Example, when we want to ease ourselves, here we can do it anywhere. There is no need for toilet paper or proper toilet. We can do this activity anywhere, that is anywhere outside the house’s compound. It sounds strange to people from the town but it is part of our ancestor’s life style.
As for the student I make sure they do things the right way. I will remind them of these things from time to time. I am happy that they know a bit about taking care of their hygiene. After eating or easing themselves they have to wash their hands. I hope it will be a good habit for them and an example to other people. Hope they would succeed.
No Comments to "The different cultures"