In second month of 2017, we are ready to start using the work books and I’m sure the students can follow the syllabus. For the first month, we were revising and practicing writing using additional work books to prepare the pupils to use an actual exercise book in February. For reading sessions, I used the books “Peter and Jane” and “Buku Sukukata” to encourage pupils to recognize and memorize the words and spell the syllables so that the reading can be fluent and effective. I will do reading and revision from time to time. For the 4 year olds, I encourage them to read the alphabets, count numbers correctly and give them exercises at home to help them understand better.

The teaching assistants will assist and monitor the classroom learning when any activity is carried out. The teaching assistant and I discuss solutions to overcome weaknesses whenever problems and shortcomings are identified. In our learning process, sometimes I have to be more strict and disciplined. No doubt, I’m also a bit stressed out because even though various means and techniques were used, there are some students who are weak and slow to understand the teaching. In addition to that, they are quite often absent from school which makes it more difficult for them to learn. However, I will not give up to continue to do my best…we will do our best!

Pada bulan kedua tahun 2017, kami bersedia untuk memulakan buku latihan dan saya yakin murid-murid boleh mengikuti sukatan pembelajaran mereka. Bulan yang pertama, kami banyak mengulangkaji dan membuat latihan menulis dengan mengunakan buku-buku kerja tambahan untuk persiapan murid-murid menggunakan buku latihan yang sebenar pada bulan Februari. Selain itu, untuk sesi bacaan, saya mengunakan buku “Peter and Jane” dan “Buku Sukukata” untuk menggalakkan murid-murid mengenal dan menghafalkan perkataan serta boleh mengeja sukukata supaya dapat menghasilkan bacaan yang lebih lancar dan berkesan. Saya akan membuat bacaan dan ulangkaji sekiranya ada masa yang terluang. Mereka yang berumur 4 tahun pula, saya menggalakan mereka membaca huruf, mengira urutan nombor yang betul serta memberikan mereka latihan di rumah untuk membantu mereka memahami dengan lebih berkesan.

Guru pembantu akan membantu dan memantau mereka di dalam kelas dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Saya dan guru pembantu akan berbincang untuk mengatasi masalah dan kelemahan yang dikenalpasti. Semasa proses pembelajaran kami, kadangkala saya terpaksa menjadi lebih tegas dan berdisplin. Tidak dinafikan saya juga agak stress kerana walau pelbagai cara dan teknik yang digunakan, terdapat segelintir murid-murid yang masih lemah dan agak lambat untuk faham class yang dijalankan. Di samping itu, murid yang agak kerap tidak hadir ke sekolah menyukarkan lagi process pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun, saya tidak berputus asa untuk terus melakukan yang terbaik… WE DO THE BEST.