Finally the session for the year 2016 has started. I am very happy and thank God for giving me good health to continue the community classes in Sg. Poh for the year 2016. After a long school holiday break, I was ready to start this community class with a new determination and spirit. I can’t wait to meet the students. There are some who are newly registered for this year and some from the previous year. I have 12 pupils in total.
In the first week, most students are slowly warming up and getting used to going to school. This is due to the long school holidays. Their daily routine is still like when they are at home, waking up late and doing activities they love. However in the classroom, I provide some flexibility for them to understand and learn little by little how to adapt to the class routine. The first week was orientation week. What we did was sing, paint, play and story-telling. The student have a lot of fun doing these activities.
A funny event that happened on the first day of school was when a 4 year old student brought a school bag that is larger than his size. I laughed seeing how funny it is. His mother always accompanies him every morning to school. His mother was very concerned that her child would cry and unable to follow the discipline of the class as its the first time her is attending school. I as a teacher always give positive advice to his mother to give her son freedom and faith so that he can stand on his feet and explore the world outside his home. Finally, I was able to convince his mother and felt relieved.
Besides that, the repair works on the school building also started earlier this month. My husband and my brother is responsible for the repair of the school building. The repair works on the school building should have started at the end of December but since my son was unwell and admitted to hospital for a few days, the work had to be suspended temporarily. Only after my child was out of the hospital the repair work resumed. I would like to thank SUKA society for providing the resources for the repair of the building of Kelas Komuniti Sungai Poh.
Akhirnya sesi persekolahan bagi tahun 2016 telah bermula. Saya sangat gembira dan bersyukur kepada TUHAN kerana memberikan saya kesihatan yang baik untuk meneruskan kelas komuniti dikampung Sungai Poh bagi tahun 2016 ini. Setelah cuti sekolah yang panjang saya bersedia untuk memulakan kelas komuniti ini dengan azam dan semangat yang baru. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan murid-murid, ada yang baru masuk pada tahun ini dan ada juga dari tahun yang lepas. Saya mempunyai 12 orang murid.
Pada minggu pertama, kebanyakan murid-murid agak pelahan sedikit untuk memulakan persekolahan mereka. Ini adalah kerana faktor cuti sekolah yang panjang. Rutin harian mereka masih seperti dirumah, bangun lewat dan bebas ingin melakukan apa saja aktiviti yang mereka sukai. Walaubagaimanapun di dalam kelas, saya memberi sedikit kelonggaran bagi mereka untuk memahami dan belajar sedikit demi sedikit bagaimana menyesuaikan diri dengan rutin kelas. Minggu pertama adalah minggu orientasi. Apa yang kami lakukan adalah menyanyi, mewarna, bermain dan bercerita. Kelihatan murid-murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan.
Perkara yang melucukan pada hari pertama persekolahan adalah seorang murid yang berumur 4 tahun membawa beg sekolah yang sangat besar berbanding saiz badannya yang terlalu kecil. Saya ketawa melihat telatahnya. Ibunya pula selalu menemaninya setiap pagi. Ibunya sangat khuatir anaknya menangis dan tidak dapat mengikut disiplin kelas memandangkan tahun ini anaknya pertama kali menjejak kaki ke sekolah. Saya sebagai guru selalu memberi kata-kata yang positif kepada ibunya supaya memberi kebebasan dan kepercayaan kepada anaknya untuk berdikari dan menerokai dunia baru di luar keadaan rumahnya. Akhirnya saya dapat meyakinkan ibunya dengan kata-kata positif yang saya berikan. Saya berasa lega …
Disamping itu juga kerja-kerja baikpulih banggunan sekolah turut dijalankan pada awal bulan ini. Suami dan abang saya dipertanggungjawabkan untuk membaiki rumah sekolah. Sepatutnya kerja-kerja baikpulih banggunan sekolah dimulakan pada hujung bulan 12 oleh kerana anak saya tidak sihat dan telah dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari, kerja-kerja terpaksa ditangguhkan buat sementara. Hanya selepas anak saya keluar dari hospital kerja-kerja di sambung semula. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak SUKA Society kerana membantu saya menjayakan baikpulih bangunan Kelas Komuniti Kampung Sungai Poh.
No Comments to "A new school term for Kelas Komuniti Kampung Sungai Poh!"